Bahawasanya kami
Murid-murid SMKTPPTM
Dengan sesungguhnya
Berikrar
Akan menunaikan tanggungjawab kami
Meningkatkan usaha
Untuk mencapai kecemerlangan
Dalam bidang akademik dan kokurikulum
Menjaga akhlak dan disiplin
Demi memelihara
Serta mempertahankan
Maruah agama
Bangsa dan negara
DOA
Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarganya, para sahabat serta kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah kembali ke alam abadi.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami memohon keradhaan Mu Ya Allah, di atas segala perbuatan dan tindakan kami agar diberkati dan diberi kejayaan.
Ya Allah,
Kami bermohon dengan Mu segala perkara yang baik dan berlindung dengan Mu Ya Allah, daripada segala perkara yang buruk sama ada yang nyata mahupun yang ghaib kerana kami sedar Ya Allah, hanya Engkau yang Maha Berkuasa, menentukan segalanya di dunia dan di akhirat.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Berilah kami cahaya yang memancar sinar kehidupan kami sebagaimana diKau pancarkan matahari pada waktu siang, bulan dan bintang pada waktu malam.
Ya Allah,
Berilah kami ilmu pengetahuan yang berguna dan memandu kami ke jalan yang lurus. Jadilah kami pelajar-pelajar yang berakhlak mulia dan cemerlang dalam semua aspek kehidupan kami serta berjasa kepada agama, bangsa dan negara.